Selasa, 26 Mei 2015

dodgeball dynamic perkasa junior dan senior
sukan flat dodgeball










PENGENALAN

Dodgeball dynamic perkasa telah ditubuhkan pada tahun 2011.Dengan barisan-barisan super senior yang lama dan baru.Pada mulanya dynamic perkasa bergerak aktif pada sekitar 2011 hingga pertengah tahun 2012,dan mula tidak aktif sekitar akhir tahun 2012.kini dynamic perkasa mula kembali aktif dengan barisan-barisan pelapis baru serta gabungan kakak dan abang senior yang lama.Dynamic perkasa  juga di bawah penasihat encik kairul azhar bin yacoob serta ahli jiran muda yang lain.Pertandingan dodgeball  adalah merupakan satu pertandingan yang lebih menjurus ke arah memperlengkapkan diri anak-anak remaja dengan kemahiran-kemahiran fizikal dan mental supaya kuat menghadapi situasi yang tidak di dingini . Ini  juga menunjukkan bahawa hanya dengan pertandingan seperti ini anak-anak muda dapat menunjukan bakat masing-masing selain dari futsal. Pertandingan  seperti  ini benar-benar mencabar anak-anak remaja berfikiran positif dan dapat memilih jalan yang sihat lagi Berkualiti.
Kami  dynamic perkasa telah mempunyai ahli dari kalangan anak-anak ppr perkasa bagi mewakili kelab dynamic perkasa. Dari kalangan umur 24-09 tahun seramai hampir 50 ahli .


OBJEKTIF

Memberi kemahiran menghadapi situasi penting
Memberi semangat berpasukan dalam menghadapi cabaran hidup
Membantu anak-anak muda untuk meningkatkan keyakinan diri
Memberi latih-tubi kepada anak-anak secara intensif
Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri anak-anak remaja.
Meningkatkan kemahiran membuat persembahan (presentation skills).

JUSTIFIKASI

Memberikan kesihatan yang lebih sihat dari kalangan anak-anak muda masa kini daripada terlibat dalam kegaitan dadah.